Monday, April 6, 2009

kes petrol..




Pada masa kadar harga minyak di malaysia naik memdadak hingga rm0.70 dengan sekali kenaikan, banyak memberi impak yang besar kepada ekonomi malaysia.. ianya meliputi pelbagai kenaikan harga barang yang membebankan.. yang memberi kerisauan banyak pihak.. harga minyak naik punya pasal, habis semua harga barang naik..
bila dah jadi macam ni, banyak pihak tampil kehadapan dalam usaha mengurangkan kos penggunaan petrol dalam kehidupan seharian.. ada yang beralih kepada bahan bakar gas, memang menjimatkan, tetapi kos pemasangan dan pekakasan alat ini agak tinggi dan melambung, jauh beza dari harga asal sebelum harga minyak naik..
ada syarikat-syarikat mengambil peluang dengan menghasilkan pelbagai device dari pelbagai teknologi dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan bakar petrol. tak kurang juga ada yang sanggup try and error kepada kereta sendiri dengan mengambil idea dan teknologi dari internet, yang boleh digunapakai kepada kereta mereka. dan ada juga individu mengambil pendekatan naik motor, naik basikal, dan naik LRT, tak payah pening kepala nak pikir pasal minyak, masa dan kesesakan jalan raya.


Tapi apa yang anda dapat saksikan setelah harga minyak menyusut kembali, malah penyusutan kali ini lagi rendah berbanding sebelum kenaikan harga pasaran. Tetapi harga barangan selain petro, tetap pada harga mahal. Kerajaan sendiri tidak dapat membantu dalam usaha nak menurunkan harga barang, pada harga asal. bukan tidak ada langsung harga barang yang dapat diturunkan, cuma bukan semua barang yang dapat diturunkan harganya. Namun yang demikian masyarakat dimalaysia, terutamanya di ibu kota kuala lumpur, kembali dengan cara asal penggunaan kenderaan.


Walau apa pun, sebelum harga minyak melambung naik lagi, sebagai individu kita perlu memikirkan cara yang dapat mengatasi masalah ini, sebagai persediaan kebarangkalian berlakunya kenaikan harga minyak.

Saturday, April 4, 2009

kompang fiber..


Pada zaman yang serba moden ini kebanyakan peralatan atau pekakas yang dulunya wujud dengan gahnya, semakin pupus.. kurangnya minat dikalangan remaja sekarang bagi menjulang kembali sesuatu peralatan atau pekakasan.. sebagai contoh, alat muzik.. ada yang berminat, tapi tidak tahu cara memainkan alat tersebut.. lama kelamaan kebanyakan alat muzik tradisional lenyap ditelan zaman, apa yang tinggal, cuma gambar dan namanya sahaja.. tidak begitu?.. dan banyak lagi faktor penyebab yang boleh dikaitkan..

Tapi tidak kesemua alat muzik ntradisionaal makin ditinggalkan atau terisisih, salah satu alat tradisional yang dapat menarik minat para remaja zaman sekaang, adalah Kompang..
mungkin antara sebab mengapa alat ini masih dikekalkan, ianya agak mudah untuk dimainkan, berpasukan, dan menyeronokkan..
Kebanyakan Kompang mula dimainkan oleh seseorang individu, dari peringkat sekolah.. adanya persatuan yang ditubuhkan disekolah.. dan menarik minat para remaja untuk mencuba..

Namun yang demikian alat muzik Kompang ini tidak lari dari arus perubahan dari aspek cara dimainkan, bahan penghasilan dan banyak lagi.. banyak lagu ditukar dan dicipta dan diolah mengikut perkembangan semasa, yang pada dulunya lebih sinonim dipanggil zikir.. sebabnya dulunya zikir, doa atau potongan ayat dari al-quran digunakan dalam iringan paluan kompang.. ada juga yang memasukkan alat muzik seperti gendang dalam mengiringi paluan gendang.. selain itu juga, kewujudan kompang fiber yang menggantikan kulit binatang, turut sama mendapat sentuhan perubahan.. walaupun sedikit sebanyak telah hilang nilai keaslian kompang tersebut.. namun yang demikian, transfomasi ini telah menarik lagi minat para remaja untuk terus menghidupkan budaya ini.. dimana, transfomasi ini dikatakan seiring dengan zaman mereka, dan ada juga yang kurang senang dengan kewujudannya..

kompang fiber sesuai dimainkan pada nisbah 2 : 8, iaitu 2 kompang fiber, 8 kompang kulit. ianya tidak sesuai dimainkan kesemuanya kompang fiber, bunyinya walaupun seakan sama, tetapi perbezaanya amat ketara..

Apa saja perubahan yang berlaku, sama ada sedar ataupun tidak, semuanya terangkum dalam usaha memertabatkan lagi alat muzik kompang untuk diterima masyarakat.. memastikan alat ini tidak pupus ditelan zaman dari satu generasi ke satu generasi yang lain..