


Pada masa kadar harga minyak di malaysia naik memdadak hingga rm0.70 dengan sekali kenaikan, banyak memberi impak yang besar kepada ekonomi malaysia.. ianya meliputi pelbagai kenaikan harga barang yang membebankan.. yang memberi kerisauan banyak pihak.. harga minyak naik punya pasal, habis semua harga barang naik..
bila dah jadi macam ni, banyak pihak tampil kehadapan dalam usaha mengurangkan kos penggunaan petrol dalam kehidupan seharian.. ada yang beralih kepada bahan bakar gas, memang menjimatkan, tetapi kos pemasangan dan pekakasan alat ini agak tinggi dan melambung, jauh beza dari harga asal sebelum harga minyak naik..
ada syarikat-syarikat mengambil peluang dengan menghasilkan pelbagai device dari pelbagai teknologi dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan bakar petrol. tak kurang juga ada yang sanggup try and error kepada kereta sendiri dengan mengambil idea dan teknologi dari internet, yang boleh digunapakai kepada kereta mereka. dan ada juga individu mengambil pendekatan naik motor, naik basikal, dan naik LRT, tak payah pening kepala nak pikir pasal minyak, masa dan kesesakan jalan raya.
Tapi apa yang anda dapat saksikan setelah harga minyak menyusut kembali, malah penyusutan kali ini lagi rendah berbanding sebelum kenaikan harga pasaran. Tetapi harga barangan selain petro, tetap pada harga mahal. Kerajaan sendiri tidak dapat membantu dalam usaha nak menurunkan harga barang, pada harga asal. bukan tidak ada langsung harga barang yang dapat diturunkan, cuma bukan semua barang yang dapat diturunkan harganya. Namun yang demikian masyarakat dimalaysia, terutamanya di ibu kota kuala lumpur, kembali dengan cara asal penggunaan kenderaan.
Walau apa pun, sebelum harga minyak melambung naik lagi, sebagai individu kita perlu memikirkan cara yang dapat mengatasi masalah ini, sebagai persediaan kebarangkalian berlakunya kenaikan harga minyak.